Tuesday, 6 October 2015

Formula....
Rumah Murah KL & Selangor
24 August

TIPS mengira anggaran ansuran bayaran pinjaman perumahan & kelayakan kasar pinjaman dengan cepat. Boleh congak-congak je.

Cara kira ansuran dgn cepat, buang (dua) "00" pada harga rumah. Kemudian bahagikan dgn 2.

Cth 1:
Rumah berharga rm100,000:
Ansuran
= buang 00, jadi 1,000
= 1,000 bahagi 2 = 500
* Secara kasarnya, ansuran bulanan adalah rm500/sebulan
Cth 2:
Rumah berharga rm500,000:
Ansuran
= buang 00, jadi 5,000
= 5,000 bahagi 2 = 2500
* Secara kasarnya, ansuran bulanan adalah rm2,500/sebulan
Bagi mengira kelayakan loan dengan pantas, gaji bersih anda dibahagikan dengan 3.
Cth 1:
Gaji kasar = 2,000
Gaji bersih setelah tolak epf, socso, pcb dan ditambah OT, elaun dll = 2400
Maka ansuran bulanan pinjaman perumahan yang layak untuk dipohon adalah, 2,400 bahagi 3 = rm800
Ansuran rm800, harga rumah yg bole dibeli ialah:
800 x 2 x 100 = rm160,000
Cth 2:
Gaji kasar = 5,000
Gaji bersih setelah tolak epf, socso, pcb dan ditambah OT, elaun dll = 6,000
Maka ansuran bulanan pinjaman perumahan yang layak untuk dipohon adalah, 6,000 bahagi 3 = rm2,000
Ansuran rm2,000, harga rumah yg bole dibeli ialah:
2,000 x 2 x 100 = rm400,000
Paham ke tak paham?
Penting juga ni...



ASAP-ASAP DARI EKZOS
Sedikit asap dari ekzos okey, tapi asap yang tebal biasanya adalah simptom penyakit kereta. Jika anda mengalami masalah tersebut, jangan tunggu lama-lama. Apakah penyakit tersebut-penyakit tersebut? Biasanya ia boleh dikenali melalui warna asap tersebut.
ASAP BIRU - Ia membakar minyak pelincir. Bermakna ada kebocoran, mungkin seal atau piston ring dah tak elok, dan minyak pelincir mengalir ke bahagian pembakaran. Jika ia terjadi, tahap minyak pelincir perlu diperiksa selalu. Walaupun baikpulih tersebut dikira kerja berat, tapi bagi kereta yang lama dan kebocoran agak sikit, mungkin memadai anda menambahkan minyak pelincir yang kurang dari masa ke semasa.
Pembakaran minyak pelincir boleh merosakkan spark plug anda, maka waktu nak start engine mungkin ada kesukaran. Jadi jika engine susah nak start dan ada asap biru, anda tau apa kemungkinannya.
Jika kereta yang ada turbo, dan ada asap biru, ini mungkin bermakna blower nak kena repair
ASAP KELABU - Asap kelabu ni agak sukar nak diagnos.
Agak sama dengan sebabnya asap biru, juga pembakaran minyak pelincir dan turbocharger dah tak elok
Boleh jadi juga minyak ATF tersedut ke engine disebabkan automatic transmission (gearbox) modulator tak elok.
Injap PCV (positive crankvase ventilation) yang tersangkut juga boleh menyebabkan tekanan terlalu tinggi dan seterusnya mengakibatkan kebocoran minyak pelincir seterusnya minyak pelincir dibakar sama, mengeluarkan asap biru
ASAP PUTIH - Asap putih yang tebal / beterusan
Asap putih yang sedikit tak mengapa, tapi asap putih yang tebal / beterusan mungkin disebabkan coolant dibakar. Ini mungkin serius, diakibatkan oleh masalah engine blok retak, silinder rosak, gasket head dah tak elok, semuanya melibatkan sejumlah kos baikpulih.
Namun, walaupun kosnya mungkin sedikit besar, jangan dibiarkan kerana ia mungkin melarat atau bertambah parah seperti engine overheat dan kerosakan lain yang mungkin berlaku.
Coolant yang bocor juga boleh bercampur dengan minyak pelincir dan menyebabkan kerosakan yang memeningkan kepala.
ASAP HITAM
Asap hitam membawa maksud terlalu banyak minyak dibakar. Sila periksa atau buat pemeriksaan air filter anda.
Juga komponen lain seperti sensor, fuel injector, fuel pressure regulator yang rosak atau saluran minyak kembali ke tangki yang tersumbat juga mengakibatkan pengaliran minyak untuk dibakar tak lancar dan seterusnya pembakaran minyak berlebihan berlaku. Di samping itu, masalah yang sama jug mungkin berlaku apabila sensor MAF atau oksigen tak berfungsi dengan baik atau komputer problem.
Bagi kereta yang menggunakan karburetor, boleh jadi juga karburetor tidak berfugsi dengan baik (choke/float).
Sudah tentu pengunaan minyak anda tak berapa ekonomi.
----------------------------------------------------------------------------
BAIKPULIH:
Secara umumnya...
Jika asap anda biru/kelabu, mungkin seal atau piston ring perlu diganti, ini bermakna overhaul.
Kalau coolant bocor ke dalam kebuk pembakaran (asap putih), mungkin head gasket perlu ditukar (top overhaul).
Jika asap hitam, bergantung samada kereta anda menggunakan injection atau carburetor. Komponen bermasalah harus dikenal pasti dahulu. Kadang kala injector bermasalah dapat dikenal pasti dengan melihat spark plug.
PENTUTUP:
Asap berlebihan dari ekzos menunjukkan kereta anda sedang "stress". Mudah-mudahan ia tidak serius, tetapi anda disyorkan supaya segera menyelesaikan masalah tersebut agar ia tidak melarat dan menyebabkan kos baikpulih yang lebih besar di masa hadapan.
Berapa Kos Untuk Bina Sebuah Rumah? Sebenarnya Sangat Murah! | Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru mula bekerja dan berkahwin. Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah?
Jawapan :
Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah
Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch
Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.
Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2
Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00
Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00
KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2
Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================
Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain...







UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS UNTUK TANAH




Oleh kerana banyak sangat pertanyaan yang aku terima mengenai unit-unit ukuran yang selalu digunakan bagi ukuran jarak dan juga unit-unit ukuran keluasan tanah, disini aku telah sediakan satu senarai panjang "unit-unit pertukaran" atau "conversion" bagi memudahkan para pembaca mengira sendiri nilai sebenar jarak dan luas yang perlu ditukar dari satu unit asal ke unit yang lain. 


Sebenarnya terdapat banyak unit ukuran yang telah digunapakai di dalam pelan tanah dan juga geran tanah sejak dulu sampailah sekarang. Jadi jadual pertukaran unit ukuran bagi jarak dan luas tanah yang aku sediakan ini adalah bagi memudahkan pengiraan pertukaran jika perlu untuk membuat sesuatu kerja yang bersangkutan dengan tanah. 
  

UNIT-UNIT UNTUK JARAK TANAH

1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki 
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba


UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar 
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi


SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN

in = inci
ka / ft = kaki
ch = rantai
m = meter
km = kilometer
m2 / mps / sq. m = meter persegi
k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi
H / hek / ha = hektar
A / ac / ek = ekar
R / r = rood
p = pole
cal = calculation
comp = computation
ki = kiraan
dpi = dari perkiraan
sc = scale
sa = seperti asal
j = jumpa



CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT 



1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki

Maksudnya : 

1 rantai = 100 ling
1 rantai = 20.1168 meter
1 rantai = 66 kaki 


UNIT LAMA DALAM GERAN TANAH DAN CP

Dalam kebanyakan pelan Geran Tanah keluaran Pejabat Tanah dan Certified Plan ( CP ) yang sekarang disebut sebagai PA iaitu Pelan Akui keluaran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) yang lama, unit ukuran yang sering digunapakai adalah samada dalam unit 'ling', 'rantai' atau 'kaki' untuk jarak dan untuk keluasan pula 'relung' dan 'jempa' akan digunakan jika lot tanah tersebut terletak dalam kawasan penanaman padi, kelapa dan getah. 'Hektar', 'ekar', 'Rood' dan juga 'pole' adalah yang biasa digunakan dan ada yang kekal ditulis dalam unit tersebut sampailah sekarang. Bagi pelan jurutera rekabentuk dan pelan arkitek yang lama pula mereka lebih suka gunakan unit 'kaki dan inci'. 

Tetapi setelah negara Malaysia secara rasminya mengamalkan sistem metrik maka sekarang ini secara standardnya setiap pelan samada yang dihasilkan oleh Pejabat Tanah, JUPEM, Jurukur Tanah, Jurutera & Arkitek, kesemuanya adalah menggunakan samada unit 'meter' ( m ) atau 'milimeter' ( mm). 

CARA MENGETAHUI UNIT SEBENAR YANG DIGUNAKAN

Tips untuk mengetahui unit ukuran sebenar yang digunapakai dalam pelan-pelan geran tanah dan pelan akui yang lama. Lakukanlah sedikit perkiraan mudah iaitu dengan melihat pada keluasan tanah yang tertulis di bawah nombor lot yang terdapat dalam pelan itu. Buatlah pengiraan kasar dengan mengambil jarak lebar dan jarak panjang lot tanah seperti yang tertulis secara asal bagi lot yang dalam bentuk segiempat dan cuba kira luasnya ( lebar X panjang = luas ). Lihat hasil kiraan kasar itu dan bandingkan dengan jumlah luas yang tertulis di dalam geran tanah tersebut. Jika jawapannya adalah samada tidak hampir tepat atau sangat jauh meleset maka ulang pengiraan dengan menggunakan unit yang lain pula. 

Maksudnya, untuk mengetahui unit yang sebenar kita perlulah menukar unit luas lot tanah tersebut dan tukarkan juga unit lebar dan panjang lot tanah itu kepada satu unit 'ANGGAPAN' terlebih dahulu sebelum mengiranya. 

Percayalah,  setelah kita menukar unit anggapan sebanyak beberapa kali barulah kita akan mengetahui apakah unit sebenar yang telah digunakan bagi setiap jarak yang tertulis di dalam pelan itu. Kuncinya adalah keluasan lot tanah yang ditulis di dalam geran tersebut. Jika luas lot itu tertulis dalam bentuk 'hektar', 'ekar', 'Rood' dan 'pole' tukarlah kepada unit 'meter persegi' dahulu. Buatlah anggapan bahawa jarak-jarak asal sempadan tanah itu adalah ditulis dalam unit 'ling', 'rantai atau 'kaki' dan tukarkannya kepada 'meter' dahulu. Mula-mula gunakan unit 'ling' tukarkan kepada meter dan kira luas lot tanah itu. Jika salah ulang lagi dengan membuat anggapan jarak itu ditulis dalam unit 'rantai' pulak. Begitulah seterusnya sampailah kita mendapat jawapan yang paling hampir tepat keluasan lot tanah itu di dalam unit 'meter persegi' seperti yang tertulis di dalam geran tanah itu.

CARA MENGIRA KELUASAN LOT TANAH

Di dalam geran tanah yang lama, keluasan lot tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis sebagai 'a', unit Rood akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Pole, Perch atau Rod yang sama nilainya pula akan ditulis sebagai 'p' sahaja. 

Tetapi terdapat juga geran tanah yang dulunya terletak di dalam kawasan pertanian yang ditulis dengan menggunakan unit Relung dan Jempa bagi keluasan lot tanah tersebut. Unit Relung akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Jempa pula akan ditulis sebagai 'j'.

CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT EKAR

Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :

2a. 1r. 0007p.


Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :


2 ekar + 1 Rood + 7 pole

Formula asasnya adalah :

1 ekar = 4046.86 m2
1 Rood = 1011.7 m2
1 pole = 25.293 m2

Di dalam unit meter keluasannya adalah :

= ( 4046.86 x 2 ) + ( 1011.7 ) + ( 25.293 x 7 )
= 8093.72 + 1011.70 + 177.05
= 9282.47 meter persegi

Di dalam unit kaki pula keluasannya adalah :

= ( 9282.47 m2 x 10.764 )
= 99,916.5 kaki persegi


CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT RELUNG

Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :

2r. 383j.


Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :


2 relung + 383 jempa

Formula asasnya adalah :

1 Relung = 30,976 kp
1 Jempa = 64 kp

Di dalam unit kaki keluasannya adalah :

= ( 30,976 x 2 ) + ( 64 x 383 )
= 61,952 + 24,512
= 86,464 kaki persegi

Di dalam unit meter pula keluasannya adalah :

= ( 86,464 kp / 10.764 )
= 8032.70 meter persegi

WEBSITE BAGI MENUKAR JARAK DAN LUAS

Terdapat satu laman web di internet yang boleh dirujuk jika anda mahu menukar jarak dan luas lot tanah dari semua jenis unit imperial yang lama kepada semua jenis unit metrik yang digunapakai ketika ini. 

Unit-unit lama itu termasuklah unit Rood, rod/perch/pole, rantai, kaki, furlong, ling, ela dan juga bagi unit ukuran yang digunapakai di Amerika Syarikat yang sedikit berbeza dengan unit British.
- See more at: http://baganbeachboy.blogspot.my/2014/03/unit-ukuran-bagi-jarak-dan-luas-untuk.html#sthash.abLVRSBM.dpuf