Wednesday, 27 April 2016


Bismillah...

Freemason : Pencarian Tabut Di Tapak Masjid Al Aqsa
"Sesungguhnya tanda Kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari ALLAH S.W.T
datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S; Peti Tabut itu dibawa oleh Malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman."
(Al-Baqarah: 248)

Rahsia Kuasa Yang Dicari Oleh Zionis
SIHIR... Senjata Super bagi pihak Yahudi-Mason untuk menguasai dunia pada akhir zaman.
Impian Yahudi dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh ALLAH S.W.T
daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu.Motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut. Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa mereka. Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah Kurniaan Rahmat dan Mukjizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi. Mereka menyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi. Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin ALLAH S.W.T
memberikan Rahmat dan Mukjizat kepada Bangsa yang terus membunuh Nabi-Nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.

(Gambar) Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel)
diutara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) diselatan. Dua negara
hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di
bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S dahulu.

1) Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa
bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke "TANAH YANG DIJANJIKAN"
(The Promised Land).
Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang
Panglima Perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu Bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada ALLAH S.W.T. Bangsa Kanaan adalah Nenek Moyang orang Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi Negara Haram Israel kini), maka timbullah satu dilema dimana Bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada Raja untuk memerintah. Maka ketika itu seorang Pengembala Keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (Hakim) Israel bernama Samuel. Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka ALLAH S.W.T telah kurniakannya Peti Tabut sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah Bangsa Israel. Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah Negara dan Kerajaan Bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi dikawasan Kanaan itu.

2) Apa yang uniknya Peti Tabut itu?
Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (Penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), Peti Tabut atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur Emas tulen. Tudungnya yang Keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih" dari ALLAH S.W.T. Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments)yang terukir pada Tablet - Tablet batu disamping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Ia dipercayai pernah dibawa oleh Malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari ALLAH S.W.T kepada mereka yang Beriman.Namun golongan Yahudi - Zionist percaya bahawa Peti Tabut ini mengandungi pelbagai lagi Rahsia yang merupakan Kunci kepada Ilmu-Ilmu mungkin (Ilmu Metafizikal) para Nabi
untuk mereka Eksploitasi demi berkuasa didunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH".Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali Peti Tabut yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.

3)Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S
(King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan Manusia Pertama yang membuat Baju Rantai Besi (Chainmail). Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, Syariat Agama ALLAH S.W.T melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah Beribadat secara Nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan Simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai Cop Mohor Kerajaannya. Kini Simbol Bintang itu telah diambil oleh Zionist & Mason sebagai lambang NEGARA HARAM Israel mereka. Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai Mukjizat termasuk boleh Mengawal Angin, Burung-Burung serta Jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan Jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's Temple) telah dibina oleh Jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari Alam Jin. Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi - Mason untuk mendapat kekuasaan mengawal Alam Jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan Mukjizat kurniaan ALLAH S.W.T, bukannya Ilmu Sihir yang boleh dipelajari.

(Gambar) Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk peti Tabut
(The Ark of Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?
4) Golongan Yahudi ini percaya bahawa segala kemahiran dan Mukjizat para Nabi mereka
dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.
Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan Alam ini dibawah kawalan mereka. Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk Ilmu Metafizikal yang dapat melawan Hukum Alam yang lazim. Kecenderungan Yahudi - Mason ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah Perhambaan oleh Bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka. Agenda Zionisme ini secara tidak langsung merupakan Manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya Bangsa mereka ini dalam sejarah Tamadun Manusia. Bangsa Israel (kini golongan Yahudi - Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara Mukjizat Nabi, Karamah dan Ilmu Sihir. Mereka anggap semua itu adalah satu sumber Kuasa Metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang ANGKUH untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi Tuan di mukabumi ini. Maklumlah, Majoriti Nabi pun berasal dari Bangsa mereka dan Bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia diatas mukabumi ini yang pernah memakan Hidangan dari Syurga iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.

5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S Wafat?
Kerajaan Bersatu Bangsa Israel ini berpecah menjadi dua Negara yang berasingan akibat Perang Saudara untuk merebut Takhta Nabi Sulaiman A.S itu. Dibahagian Utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibukotanya di Samaria (Shomron). Manakala dibahagian Selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku Bangsa Israel dengan ibukotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada diatas Bukit Zion. Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir Peti Tabut ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh Jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris. Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada Bangsa Israel yang Asal. Tetapi istilah itu telah menjadi Universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari Bangsa Israel ini akan digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam Bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme @Freemasonry.

6) Ke mana pula perginya 10 suku Bangsa Israel dari Kerajaan Israel?
Mereka telah hilang, hilang secara Identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir). Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu,dikatakan sisa daripada Bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang. Golongan Pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan Agama Elit yang akhirnya telah mencipta Kitab Talmud, iaitu Kitab Tafsiran para Pendita terhadap Ajaran Taurat (Torah) yang telah dipesongkan menjadi Kitab Sihir. Ajaran Talmud ini meresapi Akidah Agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada didalam tawanan Bangsa Babilonia. Sebelum itu, telah ada fahaman - fahaman sesat dari golongan Yahudi Elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai Pendita. Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat Mistik dan bercampur dengan Ilmu-Ilmu Sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

(Gambar) Impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman
(King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya berada dibawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) disekitar Bukit Zion. Disinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh Yahudi - Zionist - Freemason selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman.

7) Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa ALLAH S.W.T telah
menurunkan Bala kepada Bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka
iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.
Dan ALLAH S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan Peti Tabut tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya "KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas Bangsa Kanaan ini. Hilangnya Peti Tabut tersebut merupakan petanda bahawa Bangsa Israel (kini Majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu. Tidak seperti Bangsa Kanaan, iaitu Nenek Moyang mereka dahulu, Bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang Beriman kepada Keesaan ALLAH S.W.T (Majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut. Bagi orang Yahudi yang masih Beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawahanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu bersama manusia-manusia lain yang Beriman. Pembentukan Negara Haram Yahudi - Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku - suku Bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa Sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama Bangsa Nenek Moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup Bangsa Arab Palestin disekitar sempadan Negara Haram tersebut.

Empayar British mengalakkan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin dari tahun 1917-1984 berdasarkan kepada PERJANJIAN BALFOUR 1917.Mereka dipengaruhi oleh Zionis yang melobi bagi mendapatkan penempatan tetap di negara itu bagi melaksnakan cita-cita mereka.

8) Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER)
yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak diatas Bukit Zion di Jerusalem dengan
segala KEKUASAAN Sains dan Teknologi serta ilmu-limu Metafizikal (Ilmu Sihir).
Ia adalah sebuah Negara yang sedang bersedia menerima Kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti -
Christ) yang bakal mengetuai Yahudi - Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada Kesesatan Iblis (Lucifer). Oleh kerana itu kerja - kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel disekitar Masjid Al - Aqsa (Dome of Rock) terutama dibahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai Khazanah Ilmu kononnya (Ilmu Mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel. Mereka juga berharap dapat menemui kembali Peti Tabut, sebagai mengesahkan
kependudukan mereka ke atas tanah bekas Bangsa Kanaan (Nenek Moyang Arab Palestin) ini. Dengan adanya Peti Tabut tersebut, maka Yahudi - Zionist - Mason akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononnya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan "HAK" melalui Peti Tabut itu kepada Talut untuk Memerintah Kerajaan Bersatu Bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu. Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, Peti Tabut yang disahkanAasli masih gagalditemui.

Siapakah Bakal Mengeluarkannya?
Yang akan mengeluarkan Tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. ALLAH S.W.T akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan Tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai BUKTI bahawa dia adalah IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.

Apakah Kandungan Tabut?
Peti Tabut mengandungi dua Buah Batu Loh yang tertulis 10 Wasiat ALLAH S.W.T kepada Nabi Musa A.S,Sebatang Tongkat Nabi Musa A.S yang digunakan untuk Membelah Laut Merah, Serban Nabi Harun A.S dan Sedikit Makanan yang diturunkan dari Langit untuk Nabi Musa A.S dan pengikutnya ketika mereka tersesat dipadang pasir Teh 10 Wasiat.Keistimewaan lain Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari ALLAH S.W.T. Jika dibawa berperang, ia boleh memberikan Ketenangan, Ketenteraman dan Semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Kebiadapan Israel Terhadap Tabut
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri Anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala Perintah ALLAH S.W.T. Mereka banyak memalsukan Kitab Suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel. Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh ALLAH S.W.T untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh para Alim - Ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga Kitab Sucinya iaitu Taurat. Setelah dewasa dan menjadi Utusan ALLAH, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah ALLAH S.W.T tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan Kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai Pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti Kenabiannya. Lalu ALLAH S.W.T menarik balik Keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu. DIA menukarkan nya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin). Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi Azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku. Orang - orang Filistin mendapat bala kerana menyentuh & mempersendakan Tabut tersebut. Tabut Nabi Musa A.S itu kemudiannya direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil mereka itu selalu berterusan. Seterusnya Bani Israel mempersendakan perintah Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka ALLAH S.W.T telah menghantar musuh yang lebih besar kepada mereka...

Friday, 22 April 2016

Benarkah Wujud Makhluk Lain Sebelum Nabi Adam?!




Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?



Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2013, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia:

4000BC+2013AD=6013 tahun

Manakala, agama pertama di dunia yang direkodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.

‘Adam’ Sebelum Adam

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ekstrem. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Zaman Dinasor?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.



Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.

Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?

Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” 
(Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam - Muhammad Isa Dawud



Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya Muhammad Isa Dawud, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang).

Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka.

Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.



Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad Muhammad Isa Dawud, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.

Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Masih lagi berpandukan pada hujah Muhammad Isa Dawud dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. Muhammad Isa Dawud menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh Muhammad Isa Dawud. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

Muhammad Isa Dawud mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh:

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”


Penemuan Yang Mengejutkan


Rangka berusia 10,000 tahun - Young Hol Chan

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupa bumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.



Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6013 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.


Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.



Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.



Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.

Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.



Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?



Bagaimana dengan Dinosaur? Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi.

Waallahualam..

Tuesday, 6 October 2015

Formula....
Rumah Murah KL & Selangor
24 August

TIPS mengira anggaran ansuran bayaran pinjaman perumahan & kelayakan kasar pinjaman dengan cepat. Boleh congak-congak je.

Cara kira ansuran dgn cepat, buang (dua) "00" pada harga rumah. Kemudian bahagikan dgn 2.

Cth 1:
Rumah berharga rm100,000:
Ansuran
= buang 00, jadi 1,000
= 1,000 bahagi 2 = 500
* Secara kasarnya, ansuran bulanan adalah rm500/sebulan
Cth 2:
Rumah berharga rm500,000:
Ansuran
= buang 00, jadi 5,000
= 5,000 bahagi 2 = 2500
* Secara kasarnya, ansuran bulanan adalah rm2,500/sebulan
Bagi mengira kelayakan loan dengan pantas, gaji bersih anda dibahagikan dengan 3.
Cth 1:
Gaji kasar = 2,000
Gaji bersih setelah tolak epf, socso, pcb dan ditambah OT, elaun dll = 2400
Maka ansuran bulanan pinjaman perumahan yang layak untuk dipohon adalah, 2,400 bahagi 3 = rm800
Ansuran rm800, harga rumah yg bole dibeli ialah:
800 x 2 x 100 = rm160,000
Cth 2:
Gaji kasar = 5,000
Gaji bersih setelah tolak epf, socso, pcb dan ditambah OT, elaun dll = 6,000
Maka ansuran bulanan pinjaman perumahan yang layak untuk dipohon adalah, 6,000 bahagi 3 = rm2,000
Ansuran rm2,000, harga rumah yg bole dibeli ialah:
2,000 x 2 x 100 = rm400,000
Paham ke tak paham?
Penting juga ni...



ASAP-ASAP DARI EKZOS
Sedikit asap dari ekzos okey, tapi asap yang tebal biasanya adalah simptom penyakit kereta. Jika anda mengalami masalah tersebut, jangan tunggu lama-lama. Apakah penyakit tersebut-penyakit tersebut? Biasanya ia boleh dikenali melalui warna asap tersebut.
ASAP BIRU - Ia membakar minyak pelincir. Bermakna ada kebocoran, mungkin seal atau piston ring dah tak elok, dan minyak pelincir mengalir ke bahagian pembakaran. Jika ia terjadi, tahap minyak pelincir perlu diperiksa selalu. Walaupun baikpulih tersebut dikira kerja berat, tapi bagi kereta yang lama dan kebocoran agak sikit, mungkin memadai anda menambahkan minyak pelincir yang kurang dari masa ke semasa.
Pembakaran minyak pelincir boleh merosakkan spark plug anda, maka waktu nak start engine mungkin ada kesukaran. Jadi jika engine susah nak start dan ada asap biru, anda tau apa kemungkinannya.
Jika kereta yang ada turbo, dan ada asap biru, ini mungkin bermakna blower nak kena repair
ASAP KELABU - Asap kelabu ni agak sukar nak diagnos.
Agak sama dengan sebabnya asap biru, juga pembakaran minyak pelincir dan turbocharger dah tak elok
Boleh jadi juga minyak ATF tersedut ke engine disebabkan automatic transmission (gearbox) modulator tak elok.
Injap PCV (positive crankvase ventilation) yang tersangkut juga boleh menyebabkan tekanan terlalu tinggi dan seterusnya mengakibatkan kebocoran minyak pelincir seterusnya minyak pelincir dibakar sama, mengeluarkan asap biru
ASAP PUTIH - Asap putih yang tebal / beterusan
Asap putih yang sedikit tak mengapa, tapi asap putih yang tebal / beterusan mungkin disebabkan coolant dibakar. Ini mungkin serius, diakibatkan oleh masalah engine blok retak, silinder rosak, gasket head dah tak elok, semuanya melibatkan sejumlah kos baikpulih.
Namun, walaupun kosnya mungkin sedikit besar, jangan dibiarkan kerana ia mungkin melarat atau bertambah parah seperti engine overheat dan kerosakan lain yang mungkin berlaku.
Coolant yang bocor juga boleh bercampur dengan minyak pelincir dan menyebabkan kerosakan yang memeningkan kepala.
ASAP HITAM
Asap hitam membawa maksud terlalu banyak minyak dibakar. Sila periksa atau buat pemeriksaan air filter anda.
Juga komponen lain seperti sensor, fuel injector, fuel pressure regulator yang rosak atau saluran minyak kembali ke tangki yang tersumbat juga mengakibatkan pengaliran minyak untuk dibakar tak lancar dan seterusnya pembakaran minyak berlebihan berlaku. Di samping itu, masalah yang sama jug mungkin berlaku apabila sensor MAF atau oksigen tak berfungsi dengan baik atau komputer problem.
Bagi kereta yang menggunakan karburetor, boleh jadi juga karburetor tidak berfugsi dengan baik (choke/float).
Sudah tentu pengunaan minyak anda tak berapa ekonomi.
----------------------------------------------------------------------------
BAIKPULIH:
Secara umumnya...
Jika asap anda biru/kelabu, mungkin seal atau piston ring perlu diganti, ini bermakna overhaul.
Kalau coolant bocor ke dalam kebuk pembakaran (asap putih), mungkin head gasket perlu ditukar (top overhaul).
Jika asap hitam, bergantung samada kereta anda menggunakan injection atau carburetor. Komponen bermasalah harus dikenal pasti dahulu. Kadang kala injector bermasalah dapat dikenal pasti dengan melihat spark plug.
PENTUTUP:
Asap berlebihan dari ekzos menunjukkan kereta anda sedang "stress". Mudah-mudahan ia tidak serius, tetapi anda disyorkan supaya segera menyelesaikan masalah tersebut agar ia tidak melarat dan menyebabkan kos baikpulih yang lebih besar di masa hadapan.
Berapa Kos Untuk Bina Sebuah Rumah? Sebenarnya Sangat Murah! | Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru mula bekerja dan berkahwin. Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah?
Jawapan :
Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah
Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch
Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.
Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2
Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00
Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00
KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2
Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================
SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================
Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain...